Pilihan Raya

Pemilihan umum yang diadakan untuk memilih wakil di Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan sebagainya;

Pilihan Raya Kecil
Pilihan raya yang diadakan untuk mengisi satu atau beberapa kekosongan kerusi sahaja di Parlimen dan sebagainya yang timbul selain disebabkan oleh pembubaran Parlimen atau pembubaran Dewan Undangan Negeri;

Pilihan Raya Negeri
Pilihan raya yang dijalankan untuk memilih ahli Dewan Undangan Negeri;

Pilihan Raya Parlimen
Pilihan raya yang dijalankan untuk memilih ahli Dewan Rakyat;

Pilihan Raya Umum
Pilihan raya yang dijalankan untuk memilih wakil bagi semua kerusi Dewan Rakyat atau bagi semua kerusi Dewan Undangan Negeri yang diadakan secara berkala mengikut selang tempoh yang ditetapkan oleh Perlembagaan.

- Kamus Dewan Edisi Keempat, DBP